16OCTOBER2007
MOOD RAYA.

Masihkah anda di mood raya? mungkin ya mungkin tidak.. hehehe beraya di KL, mood raya itu ade bile tibanya solat hari raya, pulang ke rumah menanti tetamu tiba, pegi rumah di sebelah kanan, depan rumah, kiri kanan rumah depan, kemudian balik rumah kekenyangan, tido.. mood raya sudah hilang sesudah abes maghrib maupun lebih awal ketika di asar dan zohor.. begitulah lumrah saya beraya di kampung halaman saya di sini. heheh malam raya, raya pertama dan raya kedua di waktu malam adalah waktu bersama rakan-rakan yang senasib tidak beraya di kampung. hehe pencarian tempat pemakanan maupun perborakan adalah amat sukar terutama di raya pertama (tidak dpt la tgk movie rempit di mapleh macam nie) kerana ampir semua tempat makan2 tutup.. ade pun "siu lin ping" "eh kon beng" ataupun "sri ratvanam"

Cukup sudah merapu perihal hari raya pertama. sekadar mau di kongsi

* udah2 la tunjuk cerita "gitu gitu apek" maupun "hikayat gitu gitu apek" maupun kisah2 "mami jarum", "tangkai jering" ataupun "mami jarum jr". kasihanilah rakyat jelata beraya tidak di kampung ini di tadah dengan cerita sedemikian.

*mengapa pegi ke panggung skrin pun ade jugak kisah2 seperti di tv ?? "OTAI" aduh..

*kat kampung korang takde internet kee? mengapa tak online ym?

*mengapa tiada rumah yang menjamu burger maupun ayam goreng KFC spt di canang2 dalam iklan di tV di hari raya pertama ??

*kalau kamu2 sekelian adalah manusia bersaiz tidak M, L maupun XL berbaju melayu, jgn la merungut susah hendak mencari baju melayu warna kesukaan anda di malam raya di masjid india maupun di jalan TAR.. sekian harap maklum.

*saya suke hari rayaaa.. =D

saya sudahi dgn iklan sedih (err saya buat dialog di siini je la..malas nak caruk youtube di sini)

"burung ape?"
"burung muraiii"
"burung ape?"
"burung murai"
"burung ape?"
"abah ni buat2 takdengarr kee..etc etc"

Renung2kan laa..selamat beramal..

|  

1SYAWAL1428
SELAMAT HARI RAYA EID

Yeay...raya rayaa...Selamat Hari Raya pada family saya dari rumah di desa minang sampailah ke pelusuk negara malaysia. pada rakan2 dari sekolah kebangsaan senai, sekolah kebangsaan skudai sehinggalah ke sekolah men seri gombak ke sekolah sains penang dan jugak rakan2 tercinta di Uniten. Kenalan2 baru di alaf baru, di alam kerjaya tidak di lupakan jugak. serta rakan2 yang tak terlibat di dalam proses pembelajaran saya secara langsung samada online maupun tidak online.

Dengan ingatan tulus ikhlas.. ampun maaf di pinta ya semuaa..

|

bace lelain
. current
. 1007
. 0907
. 0807
. 0707
. 0607
. 0507
. 0407
. 0307
. 0207
. 0107
. 0106-1206

. 0105-1205