28JANUARY2007
MOVIE MOVIE MOVIE


seperti sudah lama bukan aku tidak update review movie2..meh sini.. eh tetapi tetiba terasa malas lak nak review..bz sik mau buat report situ sana, assignment lagi.. tp di kala bz beginila masa utk mengisi kekosongan hati dan ketensenan di samping berjurukamera, mari menonton wayang sangatlah diterima oleh masyarakat kini.

NIGHT AT THE MUSEUM



Komfirm kelakarrrrrrrr gile babihnye yang boleh buat korang tergila gile seperti mahu sepak2 je kerusi wayang di depan anda jika sempat lagi menonton wayang.kalau tak sempat, mgkn mau ketuk2 meja pc,ataupun bantal2 maupun kawan sendiri di samping juga terbayang kelucuan pelakon dan ape2 sahaja yang ada dalam citer nie..semua mende lawakk weih.. hahaaha kelakarrr .. orang kata komen skett pun dah leh tau citer ni best ke tak kan? ok komen aku, kelakar! superb..hehe citer terbaik tahun ni kott? (yerlah kan..baru start je pun 2007.korang pun tau)

isyy tak puas hati lagi..stok gelakkkk gilee ni tgk citer sebegini..oo sangat sangat rekomen tgk kalau sempat di wayang.

BLOOD DIAMOND



Wooo..setelah citer kelakar2, tiba lak cter di zaman perang saudara meletus di afrika dek kerana ketamakan manusia berjantina wanita dan tidak lupa lelaki yang taksub akan berlian ini. stok citer yang darah meletus2 di depan kamera dan darah juga tidak ketinggaln terpercik2 di muke hero maupun heroin mauhpun watak tepi2 jalan. tembak2 umpama perkara biasa dan hadapi lah stok potong2 tangan dan gigi maupun kepala atau apa2 sahaja.setiap masa dan ketika ada sahaja babak bunuh2.ooo sile tgk kalau anda dahagakan darah..ahaha 4 bintang

PATHFINDER



Viking lawan Red Indian .umpama manusia zaman neoltik yang hanya reti gune batu sbg senjata anak panah melawan manusia logam yang reti dah gune logam2 utk membentuk pedang2 tajam dan anak panah berbentuk2 juga tajam di samping kapak dan sabit.juga ada aksi2 ganas di zaman dulukala tetapi aksi2 kebanyakan di dalam hutan dan gelap dan darah pun kelihatan hitam2..oo viking2 ni perangai umpama syaitan direjam dan red indian pula baik dan lurus pula.rupa2nya red indian skrang ni adalah mix di natara asli red inidan dan viking.kalau dah tgk citer atas2 tuh,dan cam ketandusan idea, boleh la tgk citer nie kot.3 bintang tambah pula tiada pelakon hotchic lagi seksi.tolak lagi setengah bintang.2.5 bintang dari 5

*more to come.....agaknyaa..bz la dok stadi dan assignment

|

24JANUARY2007
50OOO DI STADIUM SHAH ALAM



Pergh..kami,warga2 unitenn tidak akan sesama sekali miss game bola yang melibatkan team malaysia tambahan pula team malaysia skrang ade baju jersey yang cantek dan menarik tertarik dan sangat da bomb.. tu tak tgk lagi baju tshirt polo malaaysia dan juga jaket2 malaysia..wauu tambah plak lambang malaysia yang umpama transfromer tuh..fuhh cun beb!! tp maaflah. semalam aku pakai baju fly emirates baru yang menarik ditambah pula kemenangan yang sangat manis di pagi isnin..ehehe tp demi malaysia tercinta, aku tidak dipukul oleh fan fan man utd.ahaha

Aku dan rakan2 duduk tol2 belakang tempat player nak sepak bola ketika "sepakan sudut".. angel cantek dan menarik tp sayang, kami menyaksiakan singapura sumbat gol depan mata kami sendiri dan menari2 tembak2 depan kami.."pukimak kamu" maaf tercarut..

Game penuh emosi esp first half di mana malaysia sangat2 sungguh2 menyerang tapi tiada penyudah .sudah terdetik di hati "nak beli baju malaysia la camnie..main cun first half" . tp bile saja masuk second half..erkkk totally different game.adehhh mengapa tidak lagi serang2 spt first half. bak kata seorang rakanku yang duduk seberang nun jauh di hadapan padan shah alam "dua dua main utk kalah". no comment laa..aku taknak caci cacai team malaysia ku.ok mereka tidak menang, mereka tidak main cantek di second half, tp mereka la pejuang tanaha tumpah darahku..takkan aku nak sokong singapure ramai melayu kafir dan cina berak tak basuh dan main tipu ade player impoort..ye dak? goodluck malaysia second leg!!

|

23JANUARY2OO7
PATIENCE IS NOT MY GREATEST QUALITY


perlu ke entry panjang lebar?hehe

|

22JANUARY2007
ONE-NIL, TWO-ONE UP.ARSENAL WON!!


12 points gap with the league leaders? I dont care... we won double with them!!! Wahahahaha enough said!!

Goal from King Henry's header..special.unbeaten records at home,1-0 down against ManYoo and won?-no doubt very superb performance.

Bubye for now..Gunners forever



|

19JANUARY2007
SYAITAN

para pelakon adalah terdiri daripada abang kepada pelakon2 muda kita, rosyam nor, lantas seperti biasa bila ade bade hj azmi ade rosyam, insyaAllah ade lisdawati,Que Haidar.. 3 watak ni je kot penting ?? oo tak lupe pelakon baru yang menawan hati kalbu Liyana Jasmay juga adalah sorang pelakon yang pasti leh jadi heroin malaysia (agaknya..heheh ) ok aku gi tgk Syaitooon ni ari rabu ari tu..thanx ye tayangan unggul,abgku dan Armand Heavenly Thai..sedap gillee makanan!!

oo..aku nak wat preview..eh silap review.. yass aku skrang suke terpengaruh ngan entry raja lawak..mari buat lawak.

Kepada sesapa yang sangat suke misteri2,peminat m night shymalan ataupun tgk movie utk berpikir2 sangat mendalam ke, atau stress dalam wayang sbb tak paham ke, atau keluar wayang sambil muka kompius lantas mau tgk dua tiga kali (actually bolehh je paham cerita ni bile dikaji 10min selepas abes tgk), lantas aku syorkan cerita ala ala genius kesenian ini (ini yang dikatakan oleh wartawan mengenai Bade Hj Azmi..aku menyokong sahaja) Citer ni adalah cerita melayu yang anda tunggu2.. anda akan kompius bak kata pengarah nye sendiri "secara jujur,cerita ni susah nak paham, dan saya buat utk penonton susah nak paham" hah silekann pegi.. dan jangan lupe setaip satu pun scene yang dilakonnkan yaa rakan2. ade significannce yaa di masa akan datang kecuali scene que haidar pegang parang di saat yang pertama.. itu aku tak betul2 tak paham!! ending citer die kee? atau baru nak start ke.. oo mahaf spoiler.. tidak lupe korang akan kompius dimana satu kah alam realiti, alam syaitan alam maya alam cyberjaya

hampir sejam permulaan citer ni hanya berlatarkan kompius dan tidak mengerti apakah yang sebenarnya terjadi.. impian pengarah dan pelakon utk wat audience kompius..superb! dan citer agak lambat di kala permulaan..eh bukan agak lambat tp sangatt lambat(dalam setengah jam gak la lebih2 lambat)..

Dari segi kebaikannye, citer ni lain dari lain la ye dak.. ade bagusnye cerita begini bermula.. orang sibuk cerita hantu, bade wat citer syaitan bapak segala hantu.. orang sibuk cintan2. poomm syaitan muncul... dari segi lakonan, takyah la kan kondem sebab rosyam nor,que haidar,ngan lisdawati, ramai je orang kata diorng bagus.. memang bagus pun.. esp que haider.. ooo bakal superb next next time liyana jasmay

Dari segi kamera2 nye (aku tak reti sangat seni2 kamera ni sbb aku hanya insan biasa) memang laa sangat lawa dan cantek tp kadang2 tidak berasas dan tidak kena mengena.. sibuk amek gamba matahari dikala senja,gamba swimming pool?? gamba lorong hospital..oo shoot yang tidak kene mengena ngan cerita.. oo shoot di celah2 perabot tunjuk rosyam noor kemas2 ..shoot apartment baru... cantek tak de motif.. heeheh memandai je aku nie..

Tp overall.. bak kata pengarang, "janji audience terhibur even tak paham" okkk..no komen sbb secara betulnye camne nak terhibur kalau tak paham ye dak?.. tp last2 terhibur juga bile kuar wayang dan mule menafsirkan cerita itu begitu begini..oo aku terhibur juga sessi menafsirkan cerita.. oo betullah kata bade hj azmi..

Ok lah.. pegi laa tgk.. aku dapat tgk pree, so alhamdulilah nie.. not soo bad.. tp boleh tahan laa citer nie.. genre yang sangat lain dari abang genius pengarah itu.. nanti ade la citer2 bakal muncul ngan lagi aneh2 dan kompius lantas mengkreatifkan lagi minda rakyat malaysia.. good job!!

-spoiler- aku tak tau ape fungsi watak ellie suriati tu dan anak tuh.. mengapa sibuk nak selamatkan sorang lagi baby di kala rosyam koma.. mengapa plak asek nak rotann je liyana jasmay tu..kesian die.. huhu lantas bagaimana liyana jasmay leh masuk pusat jagaan Toh itu?? mana bapak die? tak memasal jee (kene buat assumption sendiri je la kot rosyam nor kawen ngan ellie amek jadi anak angkat liyana tu) asal que haidar scene awal2 tu? asal dialog sket dan spt agak skema.. ehh misteri misteri nie semua..

*syaitan ade dimana-mana sahaja.. kat tepi korang pun ade..oo syaitan dalam cerita ni adalah cinta.. ahahahha

*tak silap aku apartment tu di cyberjaya..atau damansara.. tp mengapakah last scene ketika rosyam nor berkeliaran, beliau sudah tiba di petaling jaya melihat isteri syaitanya keluar dari klinik?? oo maaf spoiler lagi..

*alamak panjang.

|

17JANUARY2007
HAPPY BIRTHDAY BIG BOSS SOLIDMIND MUKEH

15JANUARY2007
RAJA LAWAK ASTRO

ANDA SEORANG YANG LUCU?
ANDA MAMPU MEMBUAT ORANG KETAWA?
JENAKA ANDA BUAT ORANG TAK KERING GUSI?
ANDALAH ORANGNYA!

"Anda seorang Badut?"
"Anda suke ketawa syok sendiri?"
"Jenaka anda buat orang menyampah dan nak baling kerusi?"
"Andalah ORANGNYA WAHAI RAJA LAWAK!!"

Apekahhhh definisi lawak pada peserta2 yang masuk program realiti ni..aku tak mengerti.. oo kepada sesapa yang teringin nak tgk komen blog lain.. refer pada "Judd"

Aku tgk program ni ari sabtu kelmarin.. ehhh lawak kee?? mengapa manusia2 ni suke berpakaian badut?? kalau tak badut pun, berpakaian aneh2 selotep sana sini bertanduk bermakeup huru hara.. tak lawakkk ok berpakaian huduh dan aneh.. annoying.. then kepada manusia2 yang tidak berpakaian aneh pula, forever nak menayang gigi,gusi lidah maupun buat muke aneh?? ehh dah tak berpakaian aneh, mereka ini bermuka2 anehhh lak dibuat2 dan bercakap terkinja2 terjerit2 sambil menggunakan loghat utagha maupun loghat2 nogori lain jangg.. oooo aku semakin pening dan tak mengerti..

then.. lawak mereka?? oooo aku semakin tidak mengerti lantas tukar channel seblum aku bertambah fedup.. forever nak buat lawak manusia pekak,(adakah korang mengejek manusia pekak?) manusia cacat,manusia aneh ataupun lawak bodo tp tidak bodo. lantas aku terpikir bile manusia2 lawak ni berkata "kitorang dah training.."

Camne korang training membuat lawak ek?? adakah ketika manusia2 lawak ni training, lantas mereka ketawa terbahak2 kesorangan?? buat2 lawak pekak depan member2 then ketawa terbahak2 sorang2 sehingga tak kering gusi?? adakah manusia2 aneh ni pk time diorang training "ahahhaha lawakkkk nyee aku nie..mesti orang lain gelak..aku luccuu" ehh solute la kalau korang berpk begitu..

mengapa program realiti ni seperti tiada had umurr?? isyyyyyyyy..

Hapuskan program realiti nie. ramai dah pelawak kat malaysia yang still tak direcognize maupun menjadi raja lawak.. Maaf entri ni cam sungguh lawakkk.. eh tak lawak kee?? tapi aku rasa lawak.. aku gelak sorangsorang..ahahahaah kelakar kelakar..

*member aku takyah wat lawak pun..duduk stone pun aku gelak weihh.. tak perlu nak wat muke huduh.. haahahah kalau die cakap sepatah aku dah boleh ketawa terbahak2.. kalau macam tu bagaimana?? Legend Lawak Astro? hehehe

|

13JANUARY2007
MUSE 25FEBRUARY2007


tiket.ade.lagu.hafal.tengah amek feel.

Invincible

Don't be afraid
What your mind consumes
You should make a stand
Stand up for what you believe
And tonight
We can truly say
Together we're invincible

Endlessly

There's part of me you'll never know
The only thing I'll never show
Hopelessly, I'll love you endlessly
Hopelessly, I'll give you everything

Blackout

Don't grow up too fast
And don't embrace the past
This life's too good to last
And I'm too young to care

Sing for Absolution

Lips are turning blue
A kiss that can't renew
I only dream of you
My beautiful

Tip toe to your room
A starlight in the gloom
I only dream of you
And you never knew

Butterflies and hurricane

Best, you've got to be the best
You've got to change the world
And use this chance to be heard
Your time is now

Starlight

Our hopes and expectations
Black holes and revelations
Our hopes and expectations
Black holes and revelations

Hysteria

Yeah its holding me, morphing me
And forcing me to strive
To be endlessly cold within
Snd dreaming I'm alive
'cause i want it now
I want it now

In the Middle of Dream

I cant pretend
Choose how it ends
You slipped away
Quechans here to stay
in soul in feel
in soul in feel
in feel in soul
in feel in soul

*oo lupee...bawah ni dah boleh komen =) hehehe sile la komen.. terimakasih pada tuan pengajar yang mahu namanya dipublisitikan di sini 'azwan cry4freedom' rajin2laa comment semua orang?? thanx!!

|

12JANUARY2007
ANGER

Assalamualaikum rakan2.. aku ade terbaca di kala berehat2 di sofa empuk di depn kelas.. "anger" lalu diberi contoh cerita yang tidak lah panjang mana.. tp dalam bi dan tidaklah saya tersangat rajin utk menulisnya kembali.. tetapi yang saya teringat adalah kisah nye berbunyi begini

Encik Bradpitt adalah tersangat marah orangnya.di pendekkan cerita, di nasihatkan oleh seorang pakar psikologi mengatakan "kamu ni bradpitt.. kalau kamu marah, kamu pegi ketuk paku ni kat pagar tu" sambil menunjuk pagar kayu depan rumah dan diberi sekotak paku yang tidak diketahui berapa banyak paku dalamnye tak dibagitau pula.. ok lantas BradPitt ni ikut la nasihat die sampai abes paku yang diberi oleh pakcik itu. bile abes, die call la pakcik ni mengadu masalah paku abes.. pakcik ni cool2 lagi memberi lagi petua "pelagi..setiap kali kamu marah..cabut paku2 tuh" dipendekkan lagi cerita.. semua paku dah cabut dari pagar2 itu.. lantas di adu lagi pakcik paku..

"huduh kan pagar2 tu berlubang?? hah itulah perumpamaan bagi sifat marah kamu tuh. paku tu seumpama kata2 kamu.. pagar tu orang yang di marahi kamu wahai bradpitt.. forgive,yes.. but, wounded? forever my brother..things that u said during anger,is damaging"

*maafkan segala salah silap saya selama ini.. it hurts sum1.. o anyone.. or everyone.. maafkan patik.mahafkan tuanhamba.maaf sahaja yang dapat ku ungkaaikan..di tahun baru 2007 ini..andai kata ade yang saya terkasar bahasa di sini,atau mengguris hati sesapa..sile tinggal komen ye.. heh

|

11JANUARY2007
PASTI KORANG DAH BACA


ni aku copy pastee je dari frenster (ok takde idea nak updet!) tp aku tak tau betul ke idak..terpk atau tidak..perasan atau tidak.. betul atau tidak. tp selalu orang yang wat mende cenggini nak sedapkan hati sendiri jee (loser) ataupun bajet2 terer saikologi abes dan gunakan sbg motivasi utk diri sendiri dan orang lain?? entah.. ni hanya benda2 basic dalam kehidupan jee. .lumrah manusia namanya..

Sesuatu yg anda x perasan@terfikir..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. (Ok mari korang kira beramai2 yaa?? Kalau termasuk Family.. insyaAllah cukup 5.. coz aku pun sanggup mati utk family ku.. tp kalau yang just ade parent jee? mm)

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. (dia just tulis sayang dalam beberapa cara.. means ade macam2 cara.. bukan nya sayang sepenuh hati tulus.. camtu 25 orang pun boleh .. sayang sbg sorang teman.. heh)

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. (yaaaa!! aku benci brad pitt?)

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda. (sangat tepat.. senyum adalah segala2nyaa yoo)

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. (tido pelengkap rindu..)

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia. (vice versa..)

8. Anda seorang yang istimewa dan unik. (semuaaa orang unik la kann)

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. (camne nak sayang kalau tak kenal?? )

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,ada hikmah sebaliknya. (memangggg laa kan??. kalaiu tak takkan la ade pepatah berbunyi "belajar dari kesilapan")

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka. (eh eh?? memandai kooo jee)

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela. (tak mati dek cacian..tak idup dek pujian? hehe mana leh lupe caci2 nie.. maruah diri letak mana bila dicaci cacai segala macam ko leh wat lupeee jee?)

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. (truth hurts yoo.. talk is cheap!! )

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

this is ANFIELD?? What is ANFIELD?? hehehe

eh jom pegi MUSE.

9JANUARY2007
HAPPY BIRTHDAY EVA

8JANUARY2007
.


Sudah pukul 5pagi.. ari isnin tiada kelas..lantas hanya berehat2 ataupun online overnite ataupun tido sahaja atau stadi sampai pagi buta.. banyak yang ku pk pk kan.. dari lagu justin timberlake. shingga ke negeri kenyalang.. dari lagu Padi yang asek berkumandang di cd player ku.. sehingga ke lagu Muse yang berkumandang di bilik ku.. dari stadi sampai ke mana akan aku bekeje nanti..

aku teringat sesorang... ade tak orang ingat aku ek?

Semalam ARSENAL menanggggg!! wehooooo!! melihat bersama fan kuat liverpool sambil aku memakai baju kuning.. priceless..

Aku terkenang zaman2 muda remaja form 1-3.. pernah berjalan kaki 7-15 min perjalanan ke sekolah.. melintas jalan besar gombak sambil berlari2 atau bersenang2 atau bersenaman atau bermain bola atau berpegang tangan atau saling jerit menjerit... menyeberangi padang bile pulang skola. singgah sebentar 7Eleven minum air..berazam untuk membakar sebuah kedai yang super duper kedekut.. idup kami sungguh happy.. tiada kerunsingan. tp kini perjalanan 2-3min ke greenwood pun, malas mau berjalan kaki.. pasti mahu berkereta juaa.. teknologi memalaskan manusia.. teknologi mendekatkan manusia...

5JANUARY2007
PUTIH


tengahari ku bangun bermula ke masjid.. sampai masjid..ooo sungguh putih ari nie.. ape yang putih?? pasti korang tertanya2 bukan?? (kalau tak tertanya2, nampaknye tak menjadilaa misteriku) berbagai2 jenis..dari bertali.. hingga tidak bertali.hingga bersarung.. dari jenamaa pallass... jazz start. north star..all america, bata, spark maupun converse dan juga diadora serta yang mgkn lebih stailo dan berlagak kaya nak mampos dan nak bergaya ke skola pastilah adidas(nak skola pastilah bergaya ye dak? time ni la leh bergaul mesra dan mule bersosial ngan si gadis2 pilihan hati). tp yang pasti semua putih2.. tidak kapur pun tidak mengapa kerana komfirm putih.. sangat mengerlip2 putih disusuli baju baju putih melayu.. oo sungguh putihh..

selamat berbuka sekolah.. kasut putih2 ini.. mari kita lihat next week.. ade lagi tak putih2nyee??

*teringat aku di kala waktu berkasut putih.. aku pernah berbata,berspark,ber-allstar,berpuma hingga ke berpallas.. kasut peveret ku adalah pallas, serba boleh utk menendang,menyepak,menekel,berlari maupun berkaki ayam.. tp kasut2 aku ini aku tak membeli di awal tahun..aku suke membeli di pertengahan2 tahun di kala kasut semua orang sudah tidak putih.. merendah diri di kala menarik perhatian di kala semua sudah tidak putih..

2JANUARY2007
MENARA GADING

Pejam tido celik bangun mandi pergi kelas.pejam tido ceelik bangun mandi pergi kelas. Sudah hampir 5 tahun sudah aku di uniten. masih segar lagi, konflik diri ingin melanjutkan diri pengajian dimana. Tawaran di terima.saya teruja mahu ke luar negara. lantas ditolak atas kesedaran dan kemampuan diriku mungkin tidak mampu di sana. (atau aku sendiri tidak layak ke luar negara). Tawaran U*M sangat berat ntuk berkata tidak terutama bila rakan-rakan mendapat tawaran yang sama. tambahan pula ketika itu ada suara manis (ketika itu,5 tahun lepas)berkata "Kalau awak masuk U*M, nanti saya habis matriks boleh masuk U*M". Tetapi, bila semua datang serntak, keputusan mahu dibuat, godaan muncul dan hasutan juga.hehe

abah : U*M..Awak pun tahu U*M tu tiada apa menarik.biasa saja.abah pun dah bersara mengajar situ. melayu pun ramai(agak racist? hehe)

rakan-rakan : Uniten cool..ramai hotchic

suara manis : tapi kalau saya dapat universiti lain macammana? saya tau awak tak suke long distance relationship

lagipun, aku tidak minat course ini. tp aku juga yang isi borang OMR mahu course ini di semua universiti.atas dorongan ayah ibu, aku berkorban course yang lebih ku minat dulukala.tp kali ini, bg lah aku memilih universiti aku sendiri..aku nak bersama rakan-rakan.

Tapi bila hari tiba, matahari muncul di ufuk timur, lantas aku mendaftar diri di uniten.tekad "malaslah nak pergi jauh dari rumah, nanti duit tak cukup, susah.nanti nak berfoya-foya, kalau ada rumah berhampiran dan di kl lebih meriah" lantas aku korbankan pengajian aku bersama rakan-rakan sekola untuk bersama rakan rakan baru di uniten.5 tahun bersama. ini pilihanku. ternyata kini, aku seronok di sini. sangat berbahagia bersama unitenesse .

aku pasti, ramai yang melalui detik sebegini. rakan, kekasih, keluarga, foya-foya keseronokan. pilihan di tangan anda. kawan-kawan tidak hilang, tapi bertambah. kekasih hanya satu. keluarga tersangat suci. foya-foya di mana sahaja pun boleh. pilihanku, pengorbananku , tepat.! hehe

1JANUARY2007
SELAMAT TAHUN BARU

2007 telah pun tibe.. new year..a new life perhaps.. azam 2006? adakah tercapai?? ooo aku spt tiada azam 2006..ptutla cam tidak terisi sangat idupku dengan mengejar azam (elehh cam laa ade azam tu korang mengejar sangat azam itu?) lantas di huraikan disini.. 2007 ni aku nak ape ek?? aku tak nak azam.. tp aku nak tulis wishlist.. ahahaah boleh tak?

1. digital camera sony cybershot (the latest edition ketika mahu membeli)
2. sweater arsenal merah, baju fly emirates kuning (sweater first!)
3. bercuti ke london..pegi emirates stadium(boleh tak?)
4. laptop (hehehe ngengada?)
5. honda civic.
6. lots of shoes..
7. new cilopake's layout
8. nothing else matter
9. anything
10. everything
11. things..no life forms
12. things that very2 limited edition.. i want cash!
13. things that makes me look "cool"

tp cam merepek2 je wishlist aku nie?? ni bukan wishlist.. tp lebih pada angan2? ahaha dreams do become reality yoo.. boyakashaaa.. mat jenin tu dah jadi kaya raya dan anak2 serta cucu cicit dia hasil angan2 beliau. PM Abdullah Badawi dulu kala belum tentu angan2 die nak jadi PM..tp beliau mesti ada angan2 masa kecik2 isi report card "cita-cita" .. dan sudah jadi kaya pun beliau bersama anak2 dia.. sama gak ngan dato' K.. Siti Nurhaliza aku tak tau la angan2 die mgkn jadi kenyataan kot. ehehe

ok laaa boyakasha boyakasha sekalian.. kita tutupi tahun 2006 dgn segala kesyukuran agar mengajar kita menjadi lebih tabah, hebat,matang,cool dan sebagainya.. Selamat Hari Raya Haji..

HAPPY BIRTHDAY ABAH
HAPPY BIRTHDAY WAJDI
HAPPY BIRTHDAY HAZURA

bace lelain
. current
. 0107
. 0106-1206

. 0105-1205